Tanggal 1 Febuari yang lalu mencatat satu lagi kemajuan dalam gerak pemasaran pek cenderahati Naskah Cinta apabila naskah ini telah mula menjengah pasaran Negeri Serambi Mekah.
Bertempat di ruang niaga Ilham Zipo Auto Accesories yang terletak di Kota Kenangan, Jalan Hospital, Kota Bharu, acara simbolik penyampaian Naskah Cinta dilangsungkan dengan jayanya dengan kehadiran wakil dari ketiga-tiga pihak iaitu Wadi Al-Rayyan, Ilham Zipo dan juga RMR Teguh Enterprise.
Diharapkan dengan kerjasama Ilham Zipo Auto Accesories, dan RMR Teguh Enterprise, Naskah Cinta kini mula menyelusuri hati umat di negeri tersebut.
Bagi sahabat-sahabat di negeri Kelantan yang berminat utnuk memiliki Pek Naskah Cinta, boleh menghubungi pengedar kami di negeri tersebut, Pn Rozila Roslan di no 019-3843788.
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

No comments:
Post a Comment